Tuesday, September 2, 2014

Kamu & Aku, Duhai Jodohku...

IKHTILAT

Ikhtilat.
Bermaksud pergaulan.
Pergaulan = percampuran sesama manusia sama ada lelaki atau wanita.

Susah ke nak jaga ikhtilat? PASTI. 

Sememangnya ia perlukan mujahadah yang saaaaaaangat kuat.
Boleh je berurusan dengan lelaki..tapi jagalah batas2 pergaulan..

Ye, mungkin sukar..tapi bermujahadahlah….

Takde masalah kalau seorang wanita itu telah ‘dicop’ oleh mana-mana lelaki. Tp ingat...Syaitan itu ada di mana-mana. Diorg akan sentiasa cuba mengaburi mata kita. Jagalah perhubungan yang dibina mengikut syarak. 

'Couple Islamik' tidak pernah wujud dalam Islam. Matlamat takkan pernah menghalalkan cara. Couple islamik cuma wujud selepas melafazkan sakinah yang mulia iaitu ijab dan kabul.

Ingin sy kongsikan secara ringkas satu kisah benar. Seorang perempuan ini telah ‘dicop’ oleh seorang lelaki, dan tempoh perkenalan mereka selama 7 tahun. Dalam tempoh itu si lelaki meminta untuk berhubung dengan perempuan itu 4 bulan sekali. Tetapi perempuan itu tidak bersetuju dan menjawab. Kalau kamu tidak mendengar berita saya meninggal dunia, maknanya saya masih sihat..Dan paling terkesan apabila si perempuan ini berkata.. Kalau sekarang kita sering menghubungi sesama kita, apakah nasib bakal generasi akan datang?? Kalau sekarang kita sering bermesej , bergayut siang malam. Anak-anak kita juga akan melakukan hal yang sama, bahkn lebih teruk lagi dari itu. Subhanallah...Lihatlah betapa si perempuan ini amat menjaga perhubungan ini. Dalam tempoh 7 tahun hanya 3 kali mereka berhubung. Itulah natijahnya jika Allah sebagai matlamat utama dalam perhubungan itu. 

………………………………………………………………..
Mudah utk jatuh cinta,
Itu tidak salah,
Kerana ia merupakan fitrah,
Namun cara untuk mengendalikn rasa cinta itu yg susah.
Ada yg mampu,
Ada juga yg tersungkur..
Tidak salah jikalau ada yg ‘cop’ atau ‘takdim’ seseorg wanita itu,
Namun jagalah batas ikhtilat..
Ingatlah,
Jika hri ni kita mesej dgn ajnabi tnpa tjuan kpntingan,
Jika hri ini kita berdating tnpa rasa malu dan segan,
Jika hri ini kita berpegangn tgn tnpa takut pd tuhan,
Jika hari ini kita bergayut siang malam tanpa rasa kegusaran,
Bagaimana nasib generasi di hari depan?
Bagaimana nasib Islam di hari depan?
Mungkin kita bisa bersuka ria..bergelak ketawa..bersenda gurau di saat ini
Namun jgn kita tangisi , jgn kita sesali , jgn kita ratapi ,
Jika generasi muka yg lahir menjadi hamba kepada duniawi,
Menjadi hamba kepada musuh yang hakiki,
Nauzubillahminzalik.
Ayuh,sama2lah perbaiki diri,Insyaallah,
Allah xkn memandg enteng stiap usaha hmbanya.
………………………………………………………………..


Wanita solehah itu bukanlah terletak pada pakaiannya
Wanita solehah itu bukanlah terletak pada status ustazahnya
Wanita solehah itu bukanlah terletak pada kelembutannya
Namun..pada dia ada segalanya…
Penyejuk mata hati ayah dan bonda..
Berusaha untuk menjadi solehah..
Wanita itu solehah..
Tatkala dia tidak memandang dan tidak juga dipandang…
Perbaiki diri..perbaiki peribadi..Insyaallah Allah akan kurniakan Imam yang mampu membimbing wanita syurga bidadari dunia..


YA ALLAH KUATKAN KAMI UNTUK MELAWAN NAFSU DUNIAWI..
YA ALLAH TABAHKAN KAMI MENEPUH JALAN ONAK PENUH DURI..
SESUNGGUHNYA KAMI LEMAH TANPAMU DI SISI..
BANTULAH KAMI..
BIMBINGLAH KAMI ..
PIMPINLAH KAMI..
AGAR BISA MELALUI JALAN INI..
JALAN YANG DIBERKATI,
JALAN REDAMU YA ILAHI..
AMIN YA RABBAL ALAMIN..


‘ORANG YANG TAK BERCOUPLE SEBENARNYA BUKANLAH TAK LAKU, TETAPI CINTANYA HANYA UNTUK LIMITED EDITION UNTUK YANG HALAL SAHAJA’- UAI

~COPY& PASTE