Monday, July 7, 2014

Hati…

Tanda-tanda hati kita makin dekat dengan Allah:

·        Kita banyak merindui Allah SWT lebih drpd merindui orang yg membuatkan kita jatuh hati padanya. Sekalipun sebelum tidur dan sebaik bangun pagi kita merinduinya, segeralah lawan perasaan itu dan terus mengingati Allah dengan bersitighfar.

·        Kita sanggup meninggalkan dia dan segala maksiat kerana tahu Allah SWT membenci perbuatan maksiat.

·        Kita mencintainya kerana sifat-sifat yang disukai Allah ada padanya.

·        Kita sentiasa risau sekiranya cinta yang lahir dalam hati kita hanyalah kerana nafsu dan tiada/ terpesong drpd destinasi menuju Allah SWT.

·        Kita sentiasa mengadu dan meminta kepada Allah SWT agar iman kita tidak tersasar kerananya dan supaya Dia sentiasa memelihara iman kita.

·        Kita tidak membayangkan, apatah lagi berkata yang bukan-bukan tentang dirinya.

·        Amal soleh kita semakin hari semakin baik walaupun dia tidak berada di sekeliling.


**ALL of these applied to all relations in this world. Be it a family relation, friendship, love couple and even human-animals relationships also is included. Love whoever person or whatever creatures that brings you closer to Him, even if he/she is your own enemy. Because He will never appear directly in front of you,  but His messages will be conveyed through this tiny creatures (humans, animals, plants, etc), just to make sure you are always on His pathway. The choice to be in a paradise or in hell later is in your hand. Choose wisely...


No comments:

Post a Comment